BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 19 Januari 2009

selamatkan palestin...

Muslim Ilusi VS Yahudi Realiti
www.iLuvislam.com
Ustaz Hasrizal Abdul Jamileditor: ibnulatef

Menjawab persoalan mengapa umat islam tidak dapat berbuat apa-apa dikala pengganasan yahudi berleluasa,
saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama. Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.Islam yang tulen.Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

Dipetik dari artikel : Khutbah Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam
Saifulislam.com

hati

HatiNah,
ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati.
Hati aku.
Hati kau?
Hmm..
kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih....
ianya bererti.
Aku terlalumenghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab,
hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Akutakut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut,
hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan sepertibarangan lain seperti duit,
permata dansebagainya.
Hati ini penuh mistik,
adakeajaiban yang tersendiri.
Mistik?
Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar.
Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri.
Jika diabetul-betul ikhlas,
hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya,
hati ini akanmalap.
Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianyabukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanyakepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,
kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukarmengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianyaterlalu sensitif.
Tapi ianya cukup kebal dan kentalpada musuh aku.
"Musuh",
mungkin terlalu kejam untukaku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya takberubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberipada orang yang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orangyang tidak pernah memulangkannya,
walaupun aku hanyapinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuhkelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinyapula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu,
setiap hatimanusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalumistik!Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati ituterluka,
kadangkala sukar nak mengubatinya.
Adakalanya,
mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini,
mungkinpemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ,
wujudlah kasihsayang.
Jika hilang rasa percaya itu,
maka sukarlah untukhati itu kembali indah.

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....
Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....
Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggamelupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
....Amin.....

RENUNGILAH....


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia *****a mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia *****a memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka.... "

AMPUNILAH YA ALLAH HAMBAMU YANG LEMAH INI....

Ya Allah Ya Tuhanku...

ampunilah aku Ya Allah atas kedaifan aku
ampunilah aku Ya Allah atas kelalaian aku
ampunilah aku Ya Allah atas segala dosaku
ampunilah aku Ya Allah atas segala maksiat yang aku lakukan
ampunilah aku Ya Allah atas segala-segalanya
aku bukan hambamu yang taat
aku bukan hambamu yang solehah
hanya yang ku pinta kini
kau jauhilah aku dari membuat dosa
kau jauhilah aku dari membuat dosa
kau jauhilah aku dari mencintai insan lebih dari cintamu
hanya mencintaimulah Ya Allah
adalah cintaku yang sejati dan kekal abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku...

pernah suatu ketika dulu
aku mencintai sesorang lebih dari MU
aku alpa dengan cintanya
aku alpa dengan janji2 manisnya
aku leka dengan cintanya
tanpa aku sedari
hanya cintamu yang melebihi segalanya
hanya cintamu yang setia
segala janji2mu bukanlah dusta
cukuplah sekali Ya Allah
kau ujiku dengan cinta insan
aku amat berdosa Ya Allah...

Ya Allah Ya Tuhanku...

cinta insan yang aku harapkan
hancur musnah
hancur segalanya
aku sedih,aku murung
namun aku hanya mampu merancang
tapi kau Ya Allah yang menentukan
aku redha dengan takdirmu
aku juga percaya
setiap apa yang berlaku itu
pasti ada hikmah di sebaliknya
aku kini hanya mendambakan cintamu
ku bermohon padamu Ya Allah
janganlah kau bolak balikkan hatiku
setelah kau tetapkan hati ini
dan, jangan kau hadirkan dugaan
yang tak mampu aku hadapi
kau kuatkan imanku
kau jauhilah aku dari maksiat
kau jauhilah aku dari derhaka kepadamu...
kau perkenankanlah doa hambamu ini..
sesungguhnya kau lah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihi
amin.....