BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 19 Januari 2009

hati

HatiNah,
ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati.
Hati aku.
Hati kau?
Hmm..
kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih....
ianya bererti.
Aku terlalumenghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab,
hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Akutakut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut,
hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan sepertibarangan lain seperti duit,
permata dansebagainya.
Hati ini penuh mistik,
adakeajaiban yang tersendiri.
Mistik?
Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar.
Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri.
Jika diabetul-betul ikhlas,
hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya,
hati ini akanmalap.
Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianyabukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanyakepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,
kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukarmengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianyaterlalu sensitif.
Tapi ianya cukup kebal dan kentalpada musuh aku.
"Musuh",
mungkin terlalu kejam untukaku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya takberubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberipada orang yang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orangyang tidak pernah memulangkannya,
walaupun aku hanyapinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuhkelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinyapula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu,
setiap hatimanusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalumistik!Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati ituterluka,
kadangkala sukar nak mengubatinya.
Adakalanya,
mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini,
mungkinpemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ,
wujudlah kasihsayang.
Jika hilang rasa percaya itu,
maka sukarlah untukhati itu kembali indah.

0 comments: