BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 8 Februari 2010

aku perlukan kekuatan

Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.

Rabu, 27 Januari 2010

sekuntum bunga mawar itu....

Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,
Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,
Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,
Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,
Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...

malam ini....

assalamualaikum...

malam ini hatiku sgt2 tak tenteram...
aku tak tahu kenapa....
kenapa hatiku gelisah..
munkin kerana byknya dosa dan noda yang aku buat hari ni...
aku sekrg ni resah...
aku rase hati aku rase kosong,
rasa sunyi,
rasa sepi,
rase macm2lah yg negative...

Ya Allah tenangkanlah hatiku..
aku resah...
aku gelisah..
Ya Allah..
ampuni dosaku Ya Allah...
jgn bolak balikkan hatiku setelah kau tetapkannya...
sakit hatiku ini Ya Allah..
bantulah aku...
hatiku sakit, hatiku nazak malam ini..
hanya kau tempat aku bergantung..

Ya Allah...
berilah hatiku petunjuk,
kenapa malam ini aku terfikirkan tentang jodohku..
Ya Allah... kau tabah dan sabarkan hatiku ini dlm menanti cinta Halalku Ya Allah..
hatiku sakit kerana ini..
ya.... kerana ini..
batinku tersiksa..
Ya Allah..
hanya kau yg tahu siapakah jodohku, ia menjadi rahsiamu..
namun Ya Allah kau tuntunlahaku dlm aku menanti jodohku Ya Allah..
aku rase dah tak tertanggung dah derita batinku ini..
Ya Allah.. permudahkan dan percepatakanlah jodohku...
temukanlah aku dgn jodoh yg beriman dan bertaqwa yg dapat membimbing aku dan keluarga kejalan yg benar...
Ya Allah banulah aku..
aku rayu padaMu Ya Allah..
sabarkan hati ini..
tetapkan hati ini...
tabahkan hati ini...
perit Ya Allah... perit menantikan sesuatu yg aku tak tahu ada atau tidak...
Ya Allah jgn kau panggil aku sebelum aku bergelar isteri dan sebelum aku dapat berbakti kepada suamiku... aku malu ya Allah... aku malu...

Ya Allah... kau perkenankan hasratku ini... amin2 ya Rabbal Alamin..

Ahad, 24 Januari 2010

janganlah enkau berduka

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
suatu hari, Zionis akan binasa...

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
kegembiraan mereka hanya sementara...

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
kami bersama kamu semua...

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
darah-mu darah para syuhada’

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
hidup ini hanya sementara...

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
syurga menanti kamu disana.

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
janji Allah satu kepastian yang nyata

Ya Palestin,
Jihad Fi Sabillah,
wa Innallah Ma'akum wa ma'ana!

palestin yg bermusim

Sudah lupakah kita mengenai Palestin?

Apakah yang berlaku di Palestin?

Adakah isu Palestin ini hanyalah bermusim?

Apabila terjadinya keganasan yang tidak berperikemanusiaan ke atas saudara-saudara kita di Palestin oleh tentera Yahudi Laknatullah seperti berlakunya pada Awal Muharram yang lalu. Baru mahu kita membuka mata? Baru mahu kita bangun daripada lena? Sama-samalah kita berusaha untuk saling peringat-memperingati. Kadang-kadang kelalaian dan kealpaan tumbuh dalam sanubari ini.

Penyakit 'wahn' sudah lama melanda masyarakat Islam. Penyakit yang merupakan 2 dalam 1. Dunia sudah tersemat di dalam hati masin-masing. Akhirat hanya sekadar angan-angan. Berusaha untuk kehidupan di dunia sahaja. Janganlah kita termasuk dalam golongan sebegini.

Daripada Tsauban r.a. berkata:

Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahn'".

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Adakah orang Islam di Palestin mencintai dunia? Tidak sama sekali. Bagi mereka, menang atau kalah mereka tetap menang. Mereka berusaha habis-habisan dan bermati-matian. Jika mereka kalah, mereka mati dalam keadaan syahid.

Itulah cita-cita yang paling tertinggi yang seharusnya ada dalam jiwa kita ini. Namun,seharusnya kita perlu berubah dan merubah suasana kehidupan kita. Perlunya bermula daripada pembinaan diri (Tarbiyaah Tdzatiyah).

assalamualaikum..

salam syg salam kerinduan dan salam menyapu sawang di blog ini...
lame sgt dah leha tak tulis kat blog ni..
bukannya dah lupe tapi terlalu sibuk dan hampir terlupa yg leha ni ade blog yg perlu utk di bersihkan sawang2nya jika dah byk...
rasenye blum terlambat utk mengucapkan selamat tahun baru..
tahun baru ni bagi leha sgt mencabar dan akan mencabar dari semasa ke semasa..
perjuang demi perjuang harus diusahakan..
perjuangan utk diri sendiri utk menjadi yg lebih baik dari sebelum ni..
perjuangan menentang kemalasan... perjuangan utk pelajaran...
perjuangan utk memantapkan iman yg semakin lama semakin kabur dan nipis ini..
perjuangan utk menjadi anak, pelajar dan sahabat yg bleh bersama tika susah dan senang, perjuangan menahan hawa nafsu yg makin sukar dikawal ni...
perjuangan utk agama bangsa dan negara....
utk kesimpulannya perjuangan2 diatas mesti dimualai dgn perjuangan membersihkan hati ini, yg sekian lama kotor dgn maksiat dan dosa2 yg terlalu byk yg dilakukan dalam sedar dan tak sedar...
iman kita sebagai manusia adalah turun naik... kadang2 kite bleh jadi seorg hamba yg taat tapi dalam sekelip masa kita leh jadi hamba yg berbuat dosa... tarbiah hati tu penting.. gaar diri tak lalai n leka.. seperti perut kite dia perlukan makanan begitu juga hati.. makanan hati adalah dgn cara kita kerap menghadiri majlis ilmu, dekat dgn org alim, cari biah yg solehah agar hati kita tak kelaparan... bg lah ia makan kalau boleh setiap hari.. jgn biar hati kita lapar lebih dari seminggu kerana nanti kita akan gagal dalam mempertahankan iman n nafsu kita...

insyaAllah... sama2 lah kite memperbaiki diri kite jadi yg lebih baik... Amin...

Ahad, 25 Oktober 2009

kehilangan org yg tersyg....

tanggal 18 oct 2009, jam 7.30am.. atokku telah menghembuskan nafas yg terakhir dirumahnya,
saat akhir hayatnya dia bersama makcikku yg juga tinggal sama dgnnya,
memang tak sangka atok akan meninggal, tapi tulah yg dikatakan ketentuan ilahi, setiap yg bernyawa itu pasti akan mati, dan kematian itu tiada siapa yg akan dapat menduga bila ia akan dtg, berikutan kisah atok leha ni, pd sebelah mlm sblum atok pergi atok sihat jer coz mlm tu ade kenduri cukur jambul kat umah pakcik, yg raser terkilan sgt tu family leha n mak cik katklang tak taw pon ader kenduri tu, ok sambung balik,... mlm tu makcik leha cakap atok sehat jer, atok cerita byk sgt mlm tu, gelak n senyum jer,, mlm tu pakcik mintak atok tido je kat umah dia, tapi atok tak nak dia nak balik jugakterpaksal;ah paklcik anta gak walaupun dah pukul2pg mlm tu... sebe;lum g umah pakcik atok minta pakcik kite yg dari sabak tu cukur rambut dia, tapi mulanya pakcik taknak tapi atok pakse gak, kene la buat gak.... hmmmmm bile difikir2kan atok kite ni mcm taw jer kan ajal dia bila nak dtgkan... dia dah sedia awal dah.....
last kite jumpa atok khamis minggu lepasnye... bawak bubur nasi utk atok.. habis satu bekas dia mkn..rase kehilangan sgt2.... mase atok meninggal tukan, jenezah dia senang sgt nak urus, nak mandiakn senag (abg2 kite yg mandikan), mase pas kapan tukan wajah atok tegang n nampak muda dan berseri2 sgt2,,, mcm dah jadi muda lah, abg kate mase angkat jenezah nak gi tanah perkuburan pon sgt2 lah ringan... padahal atok kite tinggi sgt... n berangak besar.. tapi leha redha leha dah tak de atok n nenek dalam satu thn yg sama... yg pergi tetap pergi, kita yg hidup ni kene teruskan hidup n cukupkan amal ibadah utk menempuh kematian yg kite tak pasti bile dtg..... insyaAllah...

mari;lah sama2 kite doakan roh atok n nenek ditempatkan ditempat org2 yg beriman... al-fathihah...

Isnin, 12 Oktober 2009

new news..


time rayer ke-4... gi melaka..

assalamualaikum..

raya dah nak habis...

Jumaat, 11 September 2009

Hari Ini...

Ya Allah..
hari ni Kau uji hati aku lagi,
hati aku cepat benar terusik,
cepat benar salah sangka,
cepat benar buruk sangka..

Ya Allah..
aku mohon dari Mu ,
supaya hati ku penuh dengan sifat mahmudah,
tapi aku teruji dengan sifat mazmumah,
hati aku hari ni Jahat sgt..
bantulah aku...
aku tak mampu laluinya seorg diri,

Ya Allah...
hari ini hati dan perasaan ini,
ingin rase disayangi oleh selainMu,
hati ini rase sunyi,
walhal, aku tahu Kau ada,
hati aku rase sepi,
walhal Kau bersamaku setiap mase..
kenapa..kenapa dan kenapa..

Ya Allah...
aku mohon maaf,
atas segala keterlanjuran hatiku hari ini,
aku rase sgt bersalah...
hatiku patutnya hanya untukmu..
bantulah aku wahai Tuhan...
bantu aku serahkan hatiku utkmu...

Ya Allah...
kau tetapkan lah hatiku ini,
hanya Kau tempat ku merayu,
merintih, meratap dan mengadu,
serta kau jua tempatku dikala gembira..
janganlah kau bolak balikkan hati ini,
selepas kau tetap ia...
hanya padamu kehadapkan diri,
mohon keampunan,
atas segala kelalain, dan dosa2 ku..
ampunkan aku Tuhan,,,
ampunkan aku.....