BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 16 Februari 2009

Assalamualaikum...

sekejap jer mase berlalu..
tup,tup... dah nak final exam..
raser mcm baru sehari jer daftar kat sini..
tapi kene lah berpijak di bumi yg nyata..
bahawasanya...
16-02 untill 6-03 ni dah final...
dah sehari dah final exam berlalu...
berdebar sgt rasernyer..
raser mcm tak cukup jer mase nak bace note,
tapi bleh lagi tu buang2 mase,
tido jer memanjang..
hmmm... aper nak jadilah dgn leha ni..
time tido, best jer..
tapi bila dah bgn tido n dah tido 3-4 jam ..
leha raser nyesal plak..
tido tu kan nikmat yg takkan puas.. hehehe
ape2 pun leha akan buat yg terbaik...
kalau dulu time diploma byk main,
time degree ni main cikit2 jer la..
huhuhuhu....
insyaAllah... leha akan buktikan..
chayok2.. aja aja faithing..

time nak exam ni mcm2 sms dapat dari kawan2 nak tingkatkan smgt kita kan....
sms yg paling best yg leha dapat:
" bismillahirrahmannirrahim... Ya Allah, berikan aku kesempatan waktu utk memohon dariMU.. Anugerahkanlah aku kejayaan dlm peperiksaan finalku ini... Anugerahkan kejayaan kpd semua teman2 ku... jgn ada antara kami yg sedihnya sendirian dan juga kepadaku, andai telah tertulis di Luhmahfuz akan kegagalanku maka ubahlah menjadi kejayaan, Engkau Yang Maha Agung, mudah2an `A` utk semua subjek menjadi milik kami... Amin."

semoga dgn doa diatas dapat menguatkan lg keimanan kepada Allah dan dapat menenangkan hati kita menempuh Hari2 peperiksaan yang sememangnya penuh dgn ranjau dan duri ini...

InsyaAllah... doakan leha dan kawan2 berjaya menempuh peperiksaan ini dgn jayanya dan doakan leha dan kawan2 mendpt keputusan yg cemerlang.. Amin...

Sabtu, 14 Februari 2009

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Assalamualaikum...

Saat2 kehilangan nenek tersayang,
Jam 2.30 pagi 7/2/2009 aku menerima panggilan dari ayah tersayang
Pelik jugak coz ayah jarang tel leha, tetiba tel gak time tu hati leha tak sedap n leha tak leh tido,
Ayah call leha angkat, ayah kate nenek leha (embah dalam bhs jawa) dah meninggal,
Leha diam tak cakap paper leha tergamam ni pengalaman leha kehilangan insan tersyg,
Leha tergamam… pastu leha cakap nak balik, ayah kate ade kelas tak, leha kate ada, ayah suruh balik pas kelas, tapi leha taknak, leha call abg suruh abg amik, tapi abg taknak, tak pe la coz ayah cakap munkin embah dikebumikan sebelum solat jumaat, leha raser sempat lah… malam tu leha nangis, leha tak percayer yg leha dah tak der nenek…. Leha bace yassin, kemas baju n akhirnya leha tertido dalam kul4pg, leha bgn solat subuh n terus bersiap nak balik umah, rumah leha kat kuala Selangor, leha amik train dari bangi ke sg buloh dalam 1jam 15minit, ;leha amik train kul8pg sampai kul9.15 abg amik kat sg buluh, abg bwk kete laju sgt, perjalan kerumah 1jam tepat jam 10.30 leha smpai umah, nenek meninggal kat umah leha coz mak jage nenek sampai ke akhir hayat nenek, leha sampai2 umah tgk sedara mara dah ramai kumpul kat umah, leha hampa sgt bila masuk umah leha tgk nenek dah tak der leha nangis coz tak sempat nak jumpa n cium nenek… hampa n kecewa sgt, menyesal pun ader knp tak pakse jer abg amik kat bangi mlm tadi… leha tak dapat terima, sedih giler la time tu… tapi leha redha dgn ketentuan ilahi… tak de rezeki leha nak tgk nenek saat terakhir.
Leha manja sgt dgn nenek, leha suka pekene nenek, gurau dgn nenek, pura2 manja dgn nenek, gi umah nenek mesti baring sebelah nenek, peluk nenek.. mase nenek duduk dgn makcik nenek akan dtg umah leha sebulan sekali utk chek kat hospital tg karang, tiap2 kali dtg kalau nenek dtg n leha ade kat umah nenek mesti suruh leha gunting rambut dia walaupun sikit wajib suruh, kalau leha lambat sikit or leha ade keje tiap2 lima minit ingatkan leha gunting rambut dia… rindu sgt saat tu sekarang ni leha leh gunting rambut emak jer la… seminggu sblm nenek meninggal leha balik umah time tu nenek dah uzur sgt tak bleh gerak, kalau nak gerak kene angkat, tiap2 kali leha tlg angkat badan nenek utk minum or makan leha tgk nenek nangis, sempatlah leha jage nenek, urut badan dia, suapkan nenek makan, bagi nenek minum… sedih sgt… bila tgk betapa tekunnya emak bela nenek leha dah tekat kat hati yg leha akan bela mak sampai ke akhir hayat emak, leha janji begitu jugak bapak leha leha akan jage bapak sampai keakhir hayat bapak.. leha doa hari2 supaya dapat jodoh yg nak duduk dgn mak n leha, leha nak jage mak n bapak leha..
Hari pertama nenek meninggal leha tgk atok leha sedih sgt, atok nangis, mesti atuk rase kehilangan sgt2 nenek dgn atok hari2 gaduh2 manja, atok setia dgn nenek, pimpin nenek kalau nenek nak gi mane2 romantik sgt2… mase tiga hari pertama leha tak terase sgt coz sedara2 ramai kat umah, rumah tak sunyi coz kenduri arwah 3mlm. Pas malam terkhir n semua sedara2 dah balik leha tgk atok nagis coz anak2 atok semua dah balik, atok mintak teman tido, coz atok takut tido sorang kat bilik dia, last2 tggu cucu lelaki dia lambat dia nak tido kat kerusi panjang, mak leha tak bagi, pstu atok tido la kat luar bilik dia, cian atok tinggal sorang2…. Nenek isteri nenek yg setia, mak cakap time nenek menghembuskan nafas yg terakhir nenek tenang n mudah … mak minta atok maafkan sgl kesalahan nenek redhakan pemergian nenek.. atok relakan nenek pergi, n nenek pergi dgn tenang… redha Allah berada apabila si isteri mendapat Redha Suaminya… insyaAllah leha akan jadi isteri yg baik pada suami leha nanti…
Leha raser sgt2 kehilangan nenek leha coz leha manja sgt dgn nenek, leha doakan nenek ditempatkan ditempat2 org yg beriman n tenang dialam sana.. Al-Fathihah…