BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 27 Januari 2010

sekuntum bunga mawar itu....

Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,
Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,
Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,
Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,
Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...

malam ini....

assalamualaikum...

malam ini hatiku sgt2 tak tenteram...
aku tak tahu kenapa....
kenapa hatiku gelisah..
munkin kerana byknya dosa dan noda yang aku buat hari ni...
aku sekrg ni resah...
aku rase hati aku rase kosong,
rasa sunyi,
rasa sepi,
rase macm2lah yg negative...

Ya Allah tenangkanlah hatiku..
aku resah...
aku gelisah..
Ya Allah..
ampuni dosaku Ya Allah...
jgn bolak balikkan hatiku setelah kau tetapkannya...
sakit hatiku ini Ya Allah..
bantulah aku...
hatiku sakit, hatiku nazak malam ini..
hanya kau tempat aku bergantung..

Ya Allah...
berilah hatiku petunjuk,
kenapa malam ini aku terfikirkan tentang jodohku..
Ya Allah... kau tabah dan sabarkan hatiku ini dlm menanti cinta Halalku Ya Allah..
hatiku sakit kerana ini..
ya.... kerana ini..
batinku tersiksa..
Ya Allah..
hanya kau yg tahu siapakah jodohku, ia menjadi rahsiamu..
namun Ya Allah kau tuntunlahaku dlm aku menanti jodohku Ya Allah..
aku rase dah tak tertanggung dah derita batinku ini..
Ya Allah.. permudahkan dan percepatakanlah jodohku...
temukanlah aku dgn jodoh yg beriman dan bertaqwa yg dapat membimbing aku dan keluarga kejalan yg benar...
Ya Allah banulah aku..
aku rayu padaMu Ya Allah..
sabarkan hati ini..
tetapkan hati ini...
tabahkan hati ini...
perit Ya Allah... perit menantikan sesuatu yg aku tak tahu ada atau tidak...
Ya Allah jgn kau panggil aku sebelum aku bergelar isteri dan sebelum aku dapat berbakti kepada suamiku... aku malu ya Allah... aku malu...

Ya Allah... kau perkenankan hasratku ini... amin2 ya Rabbal Alamin..

Ahad, 24 Januari 2010

janganlah enkau berduka

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
suatu hari, Zionis akan binasa...

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
kegembiraan mereka hanya sementara...

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
kami bersama kamu semua...

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
darah-mu darah para syuhada’

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
hidup ini hanya sementara...

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
syurga menanti kamu disana.

Palestin-Palestin,
Janganlah engkau berduka,
Sesungguhnya,
janji Allah satu kepastian yang nyata

Ya Palestin,
Jihad Fi Sabillah,
wa Innallah Ma'akum wa ma'ana!

palestin yg bermusim

Sudah lupakah kita mengenai Palestin?

Apakah yang berlaku di Palestin?

Adakah isu Palestin ini hanyalah bermusim?

Apabila terjadinya keganasan yang tidak berperikemanusiaan ke atas saudara-saudara kita di Palestin oleh tentera Yahudi Laknatullah seperti berlakunya pada Awal Muharram yang lalu. Baru mahu kita membuka mata? Baru mahu kita bangun daripada lena? Sama-samalah kita berusaha untuk saling peringat-memperingati. Kadang-kadang kelalaian dan kealpaan tumbuh dalam sanubari ini.

Penyakit 'wahn' sudah lama melanda masyarakat Islam. Penyakit yang merupakan 2 dalam 1. Dunia sudah tersemat di dalam hati masin-masing. Akhirat hanya sekadar angan-angan. Berusaha untuk kehidupan di dunia sahaja. Janganlah kita termasuk dalam golongan sebegini.

Daripada Tsauban r.a. berkata:

Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahn'".

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Adakah orang Islam di Palestin mencintai dunia? Tidak sama sekali. Bagi mereka, menang atau kalah mereka tetap menang. Mereka berusaha habis-habisan dan bermati-matian. Jika mereka kalah, mereka mati dalam keadaan syahid.

Itulah cita-cita yang paling tertinggi yang seharusnya ada dalam jiwa kita ini. Namun,seharusnya kita perlu berubah dan merubah suasana kehidupan kita. Perlunya bermula daripada pembinaan diri (Tarbiyaah Tdzatiyah).

assalamualaikum..

salam syg salam kerinduan dan salam menyapu sawang di blog ini...
lame sgt dah leha tak tulis kat blog ni..
bukannya dah lupe tapi terlalu sibuk dan hampir terlupa yg leha ni ade blog yg perlu utk di bersihkan sawang2nya jika dah byk...
rasenye blum terlambat utk mengucapkan selamat tahun baru..
tahun baru ni bagi leha sgt mencabar dan akan mencabar dari semasa ke semasa..
perjuang demi perjuang harus diusahakan..
perjuangan utk diri sendiri utk menjadi yg lebih baik dari sebelum ni..
perjuangan menentang kemalasan... perjuangan utk pelajaran...
perjuangan utk memantapkan iman yg semakin lama semakin kabur dan nipis ini..
perjuangan utk menjadi anak, pelajar dan sahabat yg bleh bersama tika susah dan senang, perjuangan menahan hawa nafsu yg makin sukar dikawal ni...
perjuangan utk agama bangsa dan negara....
utk kesimpulannya perjuangan2 diatas mesti dimualai dgn perjuangan membersihkan hati ini, yg sekian lama kotor dgn maksiat dan dosa2 yg terlalu byk yg dilakukan dalam sedar dan tak sedar...
iman kita sebagai manusia adalah turun naik... kadang2 kite bleh jadi seorg hamba yg taat tapi dalam sekelip masa kita leh jadi hamba yg berbuat dosa... tarbiah hati tu penting.. gaar diri tak lalai n leka.. seperti perut kite dia perlukan makanan begitu juga hati.. makanan hati adalah dgn cara kita kerap menghadiri majlis ilmu, dekat dgn org alim, cari biah yg solehah agar hati kita tak kelaparan... bg lah ia makan kalau boleh setiap hari.. jgn biar hati kita lapar lebih dari seminggu kerana nanti kita akan gagal dalam mempertahankan iman n nafsu kita...

insyaAllah... sama2 lah kite memperbaiki diri kite jadi yg lebih baik... Amin...