Anda ingin lebih cantik dan menarik??
Jumaat, 24 Julai 2009
di mana cantiknya seorang wanita itu
Anda ingin lebih cantik dan menarik??
Posted by siti soleha binti haji tummen at 1:20 PG 0 comments
Isnin, 13 April 2009
assalamualaikum...
sesepi hatiku... huhuhu
sekarang ni cuti..
leha raser nilah cuti yg paling memboringkan...
bila dah boring leha lebih senang membesarkan badan..
bukan per.. biar sihat nak berdepan dengan sem depan yg makin mencabar..
persediaan mental dan lebih2 lagi persediaan fizikal kene ade.. hehehehe
cuti... cuti... cuti...
bila kau tak hadir hati ini merintih supaya kau hadir..
bila kau hadir hati ni merintih kenapa kau hadir...
itulah hakikat manusia ni..
tak pernah bersyukur..
aper yg ader didepan mata di sia2kan
aper yg tak der dikejar2..
bila yg ader depan mata tu pergi @ hilang
barulah raser menyesal dihati...
mase yg kita sia2kan kita tak raser..
tapi bila tak der maser kelak baru raser betapa ruginyalah maser yg disia2kan dulu..
manusia tak pernah cukup dgn aper yg ader...
manusia tak pernah bersyukur dgn aper yg ader...
begitulah jua aku sebagai manusia...
kepada teman2..
marahlah diri ini andai dikau lihat diriku khayal dan mensia2kan waktu..
aku sering lalai dan leka...
aku harap cuti ni akan cepat berlalu..
aku rindukan gelak tawamu sahabat2 ku...
hehehehe...
ape yg leha melalut ni..
k la... ader maser nanti leha post lagi k...
jgn risau tentang perkembangan leha kat umah ni..
leha akan pastikan sahabat2 semua akan bertambah geram dgn kecomelanku sem depan..
chayok2...
Posted by siti soleha binti haji tummen at 10:06 PTG 0 comments
Isnin, 16 Februari 2009
Assalamualaikum...
tup,tup... dah nak final exam..
raser mcm baru sehari jer daftar kat sini..
tapi kene lah berpijak di bumi yg nyata..
bahawasanya...
16-02 untill 6-03 ni dah final...
dah sehari dah final exam berlalu...
berdebar sgt rasernyer..
raser mcm tak cukup jer mase nak bace note,
tapi bleh lagi tu buang2 mase,
tido jer memanjang..
hmmm... aper nak jadilah dgn leha ni..
time tido, best jer..
tapi bila dah bgn tido n dah tido 3-4 jam ..
leha raser nyesal plak..
tido tu kan nikmat yg takkan puas.. hehehe
ape2 pun leha akan buat yg terbaik...
kalau dulu time diploma byk main,
time degree ni main cikit2 jer la..
huhuhuhu....
insyaAllah... leha akan buktikan..
chayok2.. aja aja faithing..
time nak exam ni mcm2 sms dapat dari kawan2 nak tingkatkan smgt kita kan....
sms yg paling best yg leha dapat:
" bismillahirrahmannirrahim... Ya Allah, berikan aku kesempatan waktu utk memohon dariMU.. Anugerahkanlah aku kejayaan dlm peperiksaan finalku ini... Anugerahkan kejayaan kpd semua teman2 ku... jgn ada antara kami yg sedihnya sendirian dan juga kepadaku, andai telah tertulis di Luhmahfuz akan kegagalanku maka ubahlah menjadi kejayaan, Engkau Yang Maha Agung, mudah2an `A` utk semua subjek menjadi milik kami... Amin."
semoga dgn doa diatas dapat menguatkan lg keimanan kepada Allah dan dapat menenangkan hati kita menempuh Hari2 peperiksaan yang sememangnya penuh dgn ranjau dan duri ini...
InsyaAllah... doakan leha dan kawan2 berjaya menempuh peperiksaan ini dgn jayanya dan doakan leha dan kawan2 mendpt keputusan yg cemerlang.. Amin...
Posted by siti soleha binti haji tummen at 2:47 PG 0 comments
Sabtu, 14 Februari 2009
JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Posted by siti soleha binti haji tummen at 9:22 PG 0 comments
Assalamualaikum...
Jam 2.30 pagi 7/2/2009 aku menerima panggilan dari ayah tersayang
Pelik jugak coz ayah jarang tel leha, tetiba tel gak time tu hati leha tak sedap n leha tak leh tido,
Ayah call leha angkat, ayah kate nenek leha (embah dalam bhs jawa) dah meninggal,
Leha diam tak cakap paper leha tergamam ni pengalaman leha kehilangan insan tersyg,
Leha tergamam… pastu leha cakap nak balik, ayah kate ade kelas tak, leha kate ada, ayah suruh balik pas kelas, tapi leha taknak, leha call abg suruh abg amik, tapi abg taknak, tak pe la coz ayah cakap munkin embah dikebumikan sebelum solat jumaat, leha raser sempat lah… malam tu leha nangis, leha tak percayer yg leha dah tak der nenek…. Leha bace yassin, kemas baju n akhirnya leha tertido dalam kul4pg, leha bgn solat subuh n terus bersiap nak balik umah, rumah leha kat kuala Selangor, leha amik train dari bangi ke sg buloh dalam 1jam 15minit, ;leha amik train kul8pg sampai kul9.15 abg amik kat sg buluh, abg bwk kete laju sgt, perjalan kerumah 1jam tepat jam 10.30 leha smpai umah, nenek meninggal kat umah leha coz mak jage nenek sampai ke akhir hayat nenek, leha sampai2 umah tgk sedara mara dah ramai kumpul kat umah, leha hampa sgt bila masuk umah leha tgk nenek dah tak der leha nangis coz tak sempat nak jumpa n cium nenek… hampa n kecewa sgt, menyesal pun ader knp tak pakse jer abg amik kat bangi mlm tadi… leha tak dapat terima, sedih giler la time tu… tapi leha redha dgn ketentuan ilahi… tak de rezeki leha nak tgk nenek saat terakhir.
Leha manja sgt dgn nenek, leha suka pekene nenek, gurau dgn nenek, pura2 manja dgn nenek, gi umah nenek mesti baring sebelah nenek, peluk nenek.. mase nenek duduk dgn makcik nenek akan dtg umah leha sebulan sekali utk chek kat hospital tg karang, tiap2 kali dtg kalau nenek dtg n leha ade kat umah nenek mesti suruh leha gunting rambut dia walaupun sikit wajib suruh, kalau leha lambat sikit or leha ade keje tiap2 lima minit ingatkan leha gunting rambut dia… rindu sgt saat tu sekarang ni leha leh gunting rambut emak jer la… seminggu sblm nenek meninggal leha balik umah time tu nenek dah uzur sgt tak bleh gerak, kalau nak gerak kene angkat, tiap2 kali leha tlg angkat badan nenek utk minum or makan leha tgk nenek nangis, sempatlah leha jage nenek, urut badan dia, suapkan nenek makan, bagi nenek minum… sedih sgt… bila tgk betapa tekunnya emak bela nenek leha dah tekat kat hati yg leha akan bela mak sampai ke akhir hayat emak, leha janji begitu jugak bapak leha leha akan jage bapak sampai keakhir hayat bapak.. leha doa hari2 supaya dapat jodoh yg nak duduk dgn mak n leha, leha nak jage mak n bapak leha..
Hari pertama nenek meninggal leha tgk atok leha sedih sgt, atok nangis, mesti atuk rase kehilangan sgt2 nenek dgn atok hari2 gaduh2 manja, atok setia dgn nenek, pimpin nenek kalau nenek nak gi mane2 romantik sgt2… mase tiga hari pertama leha tak terase sgt coz sedara2 ramai kat umah, rumah tak sunyi coz kenduri arwah 3mlm. Pas malam terkhir n semua sedara2 dah balik leha tgk atok nagis coz anak2 atok semua dah balik, atok mintak teman tido, coz atok takut tido sorang kat bilik dia, last2 tggu cucu lelaki dia lambat dia nak tido kat kerusi panjang, mak leha tak bagi, pstu atok tido la kat luar bilik dia, cian atok tinggal sorang2…. Nenek isteri nenek yg setia, mak cakap time nenek menghembuskan nafas yg terakhir nenek tenang n mudah … mak minta atok maafkan sgl kesalahan nenek redhakan pemergian nenek.. atok relakan nenek pergi, n nenek pergi dgn tenang… redha Allah berada apabila si isteri mendapat Redha Suaminya… insyaAllah leha akan jadi isteri yg baik pada suami leha nanti…
Leha raser sgt2 kehilangan nenek leha coz leha manja sgt dgn nenek, leha doakan nenek ditempatkan ditempat2 org yg beriman n tenang dialam sana.. Al-Fathihah…
Posted by siti soleha binti haji tummen at 8:25 PG 0 comments
Selasa, 27 Januari 2009
Assalamualaikum...
ramai org kate cinta itu bute, bagi leha cinta tak buta tapi mereka yang bercinta itulah yang buta, tapi mereka tak buta mereka celik tapi cintalah yang buat mereka buta menilai baik dan buruk dan halal haram sesbuah percintaan tu, ia berbalik kepada hati org yang mencintai dan dicintai itu sendiri, kalau mereka membawa cinta mereka dalam keadaan buta maka butalah cinta mereka tapi jika mereka membawa cinta itu dalam keadaan celik maka celiklah cinta mereka.
siapa kata cinta tu hanya kepada pakwe or makwe, ramai anak2 muda sekarang memcintai kekasih melebihi mencintai Allah, bila dating lupa Allah, benda haram jadi halal, panangan cinta ni sgt dahsyat, berhati2lah dalam memilih dan menilai erti cinta, seharusnya dan sewajibnya mencintailah Allah dan rasul adalah yang teratas sekali kemudian keluarga dan sesama insan.
leha pun pernah bercinta dan pernah kecewa, pernah mengecewakan dan macam2lah, leha ceritalah sedikit sebanyak tentang kisah cinta pertama leha, leha panggil dia mie, sekarang ni dia kerja sebagai polis kat sabah, leha kenal dia maser bulan 6 tingkatan 2, mase tu leha tgh minum2 kat kedai mamak dengan abg angkat leha time tu dia datang tapi dia diam jer, nak dijadikan cerita mlm tu dia call aku nak berkenalan aku ok jer, mie ni budak silat gak same jer mcm aku, aku kawan ok lah dgn mie ni, pastu mintak couple aku pun memang ader raser dgn dia.. tempoh kami couple memang lame tapi byk kali putuslah, leha yang putuskan dan dia akan datang balik kat leha.. tapi tu cerita lame sekarang kami dah betul2 putus , bayangkan 7thn leha setia dgn dia walaupun kami dah putus leha tetap setia tggu dia dtg balik kat leha, leha frust sgt bila dia kate nak jadi polis, leha suka jer dia jadi posmen.. nak buat mcm mane tu pilihan dia, leha tak leh pakse dan salah satu sebab putus munkin sebab dia jadi polis kot...leha bukanlah anti sgt tapi family leha la anti sgt2 dgn polis, leha pernah tanye gak kat ayah leha "bapak kalau dapat menantu polis nak tak?", bapak jawab: " bapak tak suka, cari org lain" hancur berderai hati leha time tu, leha couple dgn dia family memang tak tahu, tapi bercintakah leha dgn dia, sbb kami bercinta mcm tak bercinta jer jumpa pun 2-3bulan sekali, kalau jumpa tak pernah berdua mesti ader kwn or kakak angkat leha temankan, bab sentuhan2 kecundang dalam percintaan ni memang tak der lah, sbb itu prinsip leha " jangan sentuh leha selagi belum bergelar suami" sedangkan aurat antara sedara mara pun leha jage nikan pula org asing... hmmmm
kadang, raser rindu gak, tp leha kene terimalah, leha putus dgn dia kali terakhir bulan 10/2007, hampir 2thn... leha serik mencurah cinta kepada sesama insan, serk sgt2, azam 2009 ni leha tak mau bercouple tapi leha nak kawin terus... tapi rasernyer tak der lah sedia sgt tapi kalau dah tiba masa kene la bersedia gak kan?...
k la... untuk membaca kisah leha yang lebih terperinci pasal leha view la blog friendster leha, add: sstt_44@yahoocom.my. sampai disini sahaja coretan leha...
wassalam..
Posted by siti soleha binti haji tummen at 4:38 PG 0 comments
Isnin, 26 Januari 2009
TIPS/ PANDUAN ATASI ZINA HATI
Selagi dinamakan manusia,
kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
Posted by siti soleha binti haji tummen at 8:20 PG 0 comments
Rama-Rama Dan Wanita-Dr.HM Tuah

Lihatlah rama-rama, ia cantik.
Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
Posted by siti soleha binti haji tummen at 8:05 PG 0 comments
salam ukhuwah fillah....
salam ukhuwah fillah kepada semua...
rasernyer dah dekat seminggu lebih buat blog ni tapi... sekarang nilah baru raser nak ceritakan pasal diri leha... leha lebih senang berleha2 dgn org lain.. tapi kawan2 yang terpilih lah kan..
aper nak citer yer.. hmmmm... nama penuh leha siti soleha binti haji tummen, family leha besar ada 7 abg n sornag kakak... leha tak der adik, itu bermakna leha anak bongsu... saper kater seronok jadi anak bongsu ni, bg leha tak seronok lah.. tak der kawan kalau duk kat umah tu.. abg2 dah besar2.. kalau kat umah tu sunyi jer.. sunyi sgt2.. dah la bongsu anak pom plak tu.. kakak dah kawen dah , pas kakak kawen baru raser sebenar2nyer jadi anak pom ni, menjadi mangsa abg2 jer kejernyer,,,, tapi tak per nak wat cam ner dah memang tu lah takdir leha, leha terima seadanya... leha lahir kat pahang tapi membesar kat selangor, family pindah sini maser umur leha 3thn.. kecik lagi kan, ingat lg time leha mula2 pindah tu, asyik mimpi ngeri jer sampai sekarang tak leh luper mimpi tu.. biarlah ia menjadi rahsia leha.. hehehe
leha dulu masa kecik nakal sgt2... tu pasal lah umur 4thn ayah dah anta kat tabika islam, tapi yg tak leh lupe maser sek kat situ, pas balik sek mesti singgah kedai beli jajan , yang paling best lagi kalau ayah amik kul10pg pun bleh balik, balik tu naik motor dgn ayah , gi jalan2 pusing2 bukit malawati,,, best sgt2 tak leh luper.. tapi tu dulu, hanya kenangan jer.. ok..
citer plak mase sek rendah.. darjah satu ayah yg anta, ayah tunggu sampai habis waktu sekolah, anak kesayangan lah katekan.. time sek ren bertambah2lah kenakalan leha.. hehehe... bile ayah dah tak tunggu dah ramai kawan, mule lah buat perangai tanggal tudung, kononnya nak betanding dgn kawan2 rambut saper paling panjang konon.. time rehat kul 10 tu pakai tudung takut kantoi dgn abg2.. akhirnya rahsia tu terbongkar gak.. kene marah dgn ayah.. pastu tak buat lagi dah... hehehe.. time kecik sampai besar leha memang tak minat nak kawan dgn dak pom, munkin leha dikelilingi lelaki jer,kaka leha duk asrama maner lah nak jumpa kan, dulu bagi leha pom ni leceh n ngada2.. sikit2 nak cover, cikit2 nak kontrol ayu... boring sgt2.. tu yang leha pakai baju kurung time rayer pertama jer tu pun separuh hari sampai sek men pun leha tak pakai baju kurung lagi... leceh, susah nak bergerak lg2lah leha ni ganas n kasar sikit, pakai baju sehari jer baju dah tetas... baju kurung leh kira lah.. bergaul dgn lelaki jer, jiran2 leha semua lelaki ader pom pun tomboi, gi panjat pokok, gi berkubang kat parit same2 mcm lah kalau nak citer.. memang leha kasar time kecik.. time sek men tingkatan1 leha masuk asrama penuh, maser minggu pertama duk asrama ramai lah budak kene histeria, leha pengecut sebenarnya.. hari telepon mak nak balik, tak nak sek kat situ, maser cuti raya cina leha angkut barang2 leha n tak mau dah balik asrama, kerana kasihkan seorg anak ayah leha susah payah keluar masuk pejabat agama islam sebab nak masukkan leha kat sek agama kat tanjong karang, dah besar ni baru raser bersalah kat mak ayah, leha mintak maaf mak ayah sbb byk susahkan mak n ayah dgn perangai leha ni... maser sek kat tg karang tu leha ok jer... best la gak ramai kawan2 baru, maser tingkatan 1 tu lah leha masuk silat... tapi mak suruh berenti sebab hitam kener jemur maner tak hitamnyer tranning kul 3-6 kat tgh gelanggang yg tak berbumbung tu memang la terseksa tapi tak per leha minat, tapi mak suruh berenti, berenti jer lah, maser tingkatan3 sek lame leha kene pindah kat sek baru buat sekolah separa asrama, leha apply msk asrama, pastu dapat plak tu, teragedi lame berulang lagi, ader histeria hampir separuh asrama kene,,, alhamdulillah leha tak kena.. pas peristiwa tu mcm biaserlah keluar asrama, so kenelah ulang alik dari rumah ker sek, pas dapat keputusan PMR leha nak mintak masuk sek teknik tapi ayah leha tak bagi n dia doakan leha tak dapat, nak dijadikan cerita makbullah doa ayah leha tu tak dapat lah leha masuk teknik, leha teruskan jer lah persekolahan kat sekolah tu... hmmm maser tngktn4 leha masuk asrama n leha aktif silat n kedet remaja sekolah.. maser tu tak nak dgr ckp mak dah masuk silat gak, munkin dah rezeki, leha dapat masuk tournament silat peringkat daerah pastu dapat masuk sukses wakil kuala selangor, dapat lah raser pingat gangsa.. Alhamdulillah... tapi time tingkatan5 mak dah marah2 so leha tak aktif lah lagi... gian lah gak nak bersilat tapi tahan jer lah...
maser sekolah men leha sgt2lah nakal, time duk kat umah , balik umah kul2.30 kul 3ptg dah kuar balik, tu time zaman jahiliyyah leha lah gi lepak2 dgn kawan2 laki leha, leha tak berape nak kawn dgn yg sebaya2 ni, semua tua2 yg paling best tu mak n ayah tak taw pun leha ader kawan yg mcm diaorg tu... hehehe.. diaorg memang sosial, tapi Alhamdulillah sepanjang kwn dgn diaorg, diaorg tak pernah ambik kesempatan, sentuh leha pun tak pernah, sebab tu prisip leha n diaorg phm leha n family leha mcm mane , Syukur.. hehehe
time lepak2 tulah jumpa si DIA hehehe.. first love n first pakwe leha.. tapi mls la nak citer post akan datang kot baru leha cinta kisah cintaku yang tragis tu... chewah...
sampai sini jer lah.. esk luse time leha free leha citer plak pas spm leha buat per n kisah2 cintaku n mcm2 lah...
syukran..
wassalam...
Posted by siti soleha binti haji tummen at 7:12 PG 0 comments
Selasa, 20 Januari 2009
MAKNA CINTA SEJATI & TEMAN SEJATI
merenung...
Kenapa kita menutup mata
ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?
Ini karena hal terindah di dunia TIDAK
TERLIHAT...
Kita semua agak aneh... dan hidup
sendiri juga agak aneh...
Dan ketika kita menemukan seseorang
yang keunikannya SEJALAN dengan
kita..
Kita bergabung dengannya dan jatuh ke
dalam suatu keanehan serupa
yang dinamakan
CINTA..
Ada hal2 yang tidak ingin kita
lepaskan..
Orang2 yang tidak ingin kita
tinggalkan...
Tapi ingatlah...
melepaskan BUKAN akhir
dari dunia,
melainkan awal suatu kehidupan
baru..
Kebahagiaan ada untuk mereka yang
menangis,
mereka yang tersakiti,
mereka yang telah
mencari...
dan mereka yang telah
mencoba..
Karena MEREKALAH yang bisa
Menghargai
betapa pentingnya orang yang telah menyentuh
mereka.
CINTA yang AGUNG?
Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan
MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu
dan kamu MASIH menunggunya
dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu MASIH bisa tersenyum
sambil berkata: "Aku
turut berbahagia untukmu"
Apabila cinta tidak berhasil...
BEBASKAN dirimu...
Biarkan hatimu kembali melebarkan
sayapnya dan terbang ke alam
bebas LAGI..
Ingatlah...bahwa kamu mungkin
menemukan cinta dan
kehilangannya..
Tapi..ketika cinta itu mati..
kamu TIDAK perlu mati
bersamanya...
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu
menang..
MELAINKAN mereka yang tetap
tegar ketika mereka
jatuh.
Entah bagaimana...dalam
perjalanan kehidupan,
kamu belajar tentang dirimu sendiri..
dan menyadari bahwa penyesalan
tidak seharusnya ada.
HANYALAH penghargaan abadi
atas pilihan2
telah kau buat.
TEMAN SEJATI...Mengerti ketika kamu berkata
lupa..'
Menunggu selamanya ketika
kamu berkata'Tunggu
sebentar'
Tetap tinggal ketika kamu
berkata: "Tinggalkan aku sendiri"
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk
berkata: "Bolehkah saya masuk?"
MENCINTAI...
BUKANlah bagaimana kamu melupakan..
bagaimana kamu MEMAAFKAN..
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan.. melainkan
bagaimana kamu MENGERTI..
BUKANlah apa yang kamu lihat..
melainkan apa yang kamu
RASAKAN..
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan..melainkan
bagaimana kamu BERTAHAN..
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati...
dibandingkan menangis tersedu2..
Air mata yang keluar dapat dihapus..
sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka,
yang tidak akan pernah
hilang..
Dalam urusan cinta,
kita SANGAT JARANG menang..
Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah,
kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia
dapat mencintai seseorang..
LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri..
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai
seseorang.
BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita,
MELAINKAN karena kita menyadari bahwa
orang itu akan lebih berbahagia apabila
kita melepaskannya.
kamu benar2 mencintai seseorang, jangan
lepaskan dia..
jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu
benar2 mencintai MELAINKAN
BERJUANGLAH demi cintamu.
Itulah CINTA SEJATI.
Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADA berjalan bersama orang
'yang tersedia'
Lebih baik menunggu orang yang kamucintai DARIPADA
orang yang berada
Disekelilingmu
Lebih baik menunggu orang yang tepat karena hidup ini
terlalu singkat untuk
dibuang hanya dengan 'seseorang'
Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang
PALING menyakiti hatimu
dan kadang kala,
teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan
menangis bersamamu adalah cinta
yang tidak kamu sadari.
And now find Ur Love ..........
Posted by siti soleha binti haji tummen at 9:34 PG 0 comments


