selamat berpuasa semua...
aku doakan diriku n sahabat2 sekalian semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yg terbaik daripada ramadhan2 kite yg lepas..
dan beranggap la, semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yg terakhir utk kite. kerana jika kite beranggapan begitu pasti kite akan buat bulan yg kita nantikan ini sedaya upaya terbaik... InsyaAllah.
rasenye mase cepat sgt berlalu, rase mcm baru semalam baru habis puasa ramdahn... tup2.. dah dtg dah ramdhan yg terbaru.. hmmm..
kan skrg ni akhir zaman, semakin kite raser mase cepat berlalu itu bermaksud hari yg kite nanti2kan makin hampir tiba iaitu hari kiamat.
maka beringatlah. InsyaAllah.
salam ramadhan karim utk semua.
Jumaat, 21 Ogos 2009
selamat berpuasa..
Posted by siti soleha binti haji tummen at 9:18 PG 0 comments
Selasa, 18 Ogos 2009
hati oh hati...
hati...
gembiralah, tlg lah gembira,
aku kasihan kat ko,
ko hari2 sakit,
hari2 memendam rase,
hari2 gelisah,
tolong sgt2..
hati...
aper lg yg ko nak,
aku raser dah bg sepenuh perhatian,
tapi kenapa ko tak tenang2,
aper lg yg kurang,
ko marahkan aku pasal ape lg.
hati....
hari aku cube tenangkan ko,
cube damaikan ko,
cube buang keluh kesah yg ko ader,
cube buat ko happy,
semuanya aku cube,
tapi, mane silapnya.
hati...
aku tahu ko terseksa
aku tahu ko merana
aku tahu ko terkilan
aku tahu ko kecewa
aku tahu ko terasa
hati....
tenanglah,
penuhilah dirimu dgn kasih syg,
dgn ketenangan,
dgn kegembiraan,
dgn sifat2 mahmudah
kerana dgn cara ini shj
yg buat ko bahagia.
hati...
ingatlah...
jage diri ko tu,
jgn prasangka buruk,
jgn ader `PHD`
ingat,
biar org buat kite jgn kite buat org,
hati..
mulai esk,
hiduplah dlm suasana
gembira n tenang
insyaAllah...
Allah akan bantu ko dlm mencapai kedamain yg ko idam,
insyaAllah..
sahabat2 semua doakan hati ini
meraih impian kegembiraan yg dia idamkan..
amin...
Posted by siti soleha binti haji tummen at 8:08 PG 0 comments
Ahad, 16 Ogos 2009
sahabat....
sahabat senang senang nak cari, tapi sahabat susah susah nak cari...
aku suka sgt statment ni...
memang betul pun... kwn kenyang, suka, senang senang jer nak dapat, tapi kalau kwn lapo, duka , susah.. susah sgt nak cari..
hmmmm... mcm tu lah jugak org kaya susah nak kawn dgn org miskin, n org miskin pun segan nak kawan dgn org kaya...
petua nak tgk sahabt kite tu sahabt yg baik or tak bleh dilihat dgn cara kite pinjamkan duit kite kat dia, kalau dia kawan yg baik dia akan bayr balik ikut mase yg dia ckp, tapi kalau kwn yg kurang baik, byk alasan n liat nak bayar, sedangkan family leh pecah belah sbb duit inikan pulak kwn2... hmmmm... satu lagi cara, kalau kiter sakit n mintak tlg dia, samada dia nak tlg atau tak... kdg ader jenis yg kalau kite sakit dia bior jer, ader yg mengambil berat.... (renung2kanlah...)
sahabat yg baik itu umpama, kite duduk dgn dia diatas satu banku yg sama tapi sepanjang duduk tu tak de sepatah perkataan pon keluar, tapi hati kite raser sgguh puas dgn dia. sahabat tu tak semestinya nak kene berhubung setiap mase tapi sahabat itu adalah yg selalu kite ingat dlm setiap doa kite n sentiase doakan dia jugak...
ucapan aku buat sahabat2ku... jadilah sahabt yg tamak, tamakkan ingin bersama kite tika duka n suka...
wallahualam...
Posted by siti soleha binti haji tummen at 8:06 PG 1 comments
KASIHKU PADA RAMADHAN
Posted by siti soleha binti haji tummen at 7:39 PG 0 comments
Rabu, 12 Ogos 2009
KENANGAN KELUARGA BAHAGIAKU...
miqdam yg sentiasa berkopiah n serius walaupun pada hakikatnye hyper active...
peace... selamat menjamu selera bersam sepupu2 mu...
Posted by siti soleha binti haji tummen at 1:02 PG 2 comments
susahnya nak berjemaah....
pernah tak raser perasaan mcm ni...
hati ni memberontak nak berjemaah..
tak kire la solat ker, puase ker, makan ker...
semua aktiviti kalau boleh nak bersama2 dgn kawan2 n family..
aper yg dari dulu sampai sekarang aku teringin nka buat n istiqamah ialah "SOLAT BERJEMAAH" ...
hmmm...
memang susah nak istiqamah...
memang susah kalau org yg kite ajak bejemaah tu tak paham kelebihan n kebaikan solat berjemaah tu sendiri...
hati ni dah lame memberontak..
kalau kat umah subuh ormaghrib or isyak dah sure kene solat jemaah dgn family..
bile dah biase kat umah, walaupun hanya satu waktu dalam sehari, raser lain sgt kalau sehari tu tak dapat solat berjemaah...
nak suarakan kat kawan2 rumah, segan..
ilmu ni tak cukup lg..
tapi sampai bile..
ilmu tu takkan cukup, makin kite pelajari makin byk la benda yg kite nak pelajari...
nak tak nak... diri ni sendiri kene kuat n tegas..
ajak jer la.. mane la taw nak..
ader la satu peristiwa kat umah sewa ni.. peristiwa seram..
n org yg kene benda seram ni jumpa ustaz utk berubat, n ustaz tu suruh pastikan semua org dalam umah ni semua solat, takut2 pagar yg ustaz tu pasang terbocor... (phm2 la yer)
aku mula terfikir... ni peluang keemasan ni utk mulakan solat jemaah..
n mlm tu jugak kami solat jemaah bersama walaupun tak semua..
syukur Alhamdulillah... akhirnya doaku termakbul n aku berdoa semoga ia terus kekal n istiqamah, jgn hangat2 tahi ayam sudah la..
n aku berdoa semoga insan2 yg selalu tinggal solat tu berubah menjadi insan yg lebih menjaga solat n solat lima waktu.. Amin...
Posted by siti soleha binti haji tummen at 12:23 PG 2 comments
Selasa, 11 Ogos 2009
EPILOG SILAM (HAIKAL)
Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku
Tuhan...
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...
Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari
Tuhan...
Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...
Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur
Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melandaKu tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...
Posted by siti soleha binti haji tummen at 8:52 PG 2 comments
Bila Kesunyian Datang
Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.
Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.
Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.
Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.
Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.
DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.
Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.
Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.
Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?
Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.
Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.
Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya. Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”
Posted by siti soleha binti haji tummen at 8:29 PG 1 comments
Isnin, 10 Ogos 2009
POLIGAMI
pandangan dan pendirian aku mengenai poligami... bukan bermakna aku harap untuk berpoligami tapi itu aku serah pada takdir dari Allah...
aku ni sebenarnya sejak kecil lg dah terdedah dgn isu poligami ni. tapi itu bukan bermakna family aku ada yg berpoligami... aper yg aku tahu, poligami tu indah kalau ketua pasukan tu bagus.. dalam ramai kawan2 ayah aku yg poligami tak der plak aku dgr dia org gaduh, cerai berai.. semua yg aku tgk indah2 belaka...
aku memang geram la kalau ader yg kate poligami tu tak adil, hina , kuat nafsu n mcm2 lg la... tapi kalau pusat pelacuran, pusat urut *****, n mcm2 pusat2 maksiat ni, dia org tak kater plak benda tu salah hina, malah tempat2 maksiat ni diberi lesen lg mcm digalakkan.. tapi bile timbul isu poligami ... semua perempuan bg respon yg negative buat2 muke... para2 isteri lg la anti dgn poligami ni... tapi kalau suami gi pusat2 maksiat ni tak per...
memang la kiter tak leh salahkan pompuan semata2... lelaki pun salah gak.. "mahu tapi takut" raser hati nak kawin lg, tapi takut bini marah, tapi tak takut wat maksiat... aper la nak jadi dunia sekarang ni... si isteri plak dah taw dah suami ader pom simpanan tapi still tak bg suami kawin lg.. tapi si isteri ni tak fikir ker aper kekurangan dia, layanan dia.. kalau semua lengkap n sempurna tak der la suami nak cari lain ini tak.. taw nak marah jer... amalan muhasabah diri amat penting bg suami isteri (chewah.. macm aku ni dah kawin jer) ... ilmu mengenal islam n cintakan tuhan tu kene mantap antara suami dan isteri... bila kiter kenal tuhan kite yakin dgn takdir tuhan ... kiter akan redha dgn poligami ni..
tu semua takdir yg dicatat oleh Allah... walau mcm mane2 pun suami kite nak kawin lg , kalau kat loh mahfuz suami kite ni tak ditakdirkan utk kawin ramai.. tetap tak kawin gak... begitu jugak sebaliknya suami kite setia dgn kite pandang pom lain pun tak nak..., tapi kalau dah ditakdirkan kawin ramai tetap gak dia kawin ramai.... ape2 hal pun kite kene yakin dgn takdir Allah....
poligami adalah jalan keluar kite dari diselubungi ke lembah maksiat dan suatu alternatif jalan keluar dari masalah sosial pada mase kini dan janganlah ditegah poligami ni, ape yg ditegah maksiat tu... biarlah poligami berleluase (dgn pantauan dan ilmu yg cukup n bahagia) daripada maksiat berleluase (zina, sumbang mahram,pusat urut dll) kelak negara kite dilaknat oleh Allah.
disini aku sertakan wawancara bersama pengerusi kelab poligami ikhwan:umi Hatijah Aam
Menurut Hatijah, banyak komen mengatakan tentang poligami, ia diamalkan kerana mengikut sunah nabi tapi dalam perkara lain yang diamalkan nabi kenapa mereka tidak mahu mengikutnya.''Pihak lelaki yang mahu mengamalkan poligami haruslah terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab serta dekat pula dirinya dengan perintah dan arahan Tuhan. Saya juga faham kenapa ada wanita yang rela tidak berkahwin dengan suami orang kerana takut dikatakan merampas suami orang.
''Dalam sejarah pun telah dinyatakan bagaimana Rabiatul Adawiyah menolak pinangan Imam Hassan Al Basri kerana takut terganggu urusan dan amalannya dengan Allah jika beliau berkahwin. Ini adalah satu contoh yang sangat hebat dan mungkin tidak ada lagi mereka yang mampu melakukannya,'' kata Hatijah.Selain itu, beliau juga meminta mereka yang sering melaungkan hasrat dan tindakan memperjuang dan membela nasib wanita agar turut sama membantu usaha kelab poligami.
"Poligami ini bukanlah sesuatu yang keji dan tidak semua wanita yang terlibat dalam poligami tidak bahagia. Malah ramai di antara kami kini menemui kebahagiaan sebenar dalam hidup walaupun mereka ini terlibat dalam poligami dan semua ini berlaku dengan ketentuan Allah disertai usaha dan niat yang murni untuk menegakkan dan mencari keredaan Tuhan,"
kata Hatijah mengakhiri bicara.Posted by MERBOK TIMES at Sunday, August 09, 2009
Posted by siti soleha binti haji tummen at 9:05 PTG 1 comments
Surat Untuk Adam
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?
Posted by siti soleha binti haji tummen at 10:21 PG 0 comments
bulan rejab, syaabann ramdhan adalah bulan yg ditunggu2 utk buat amal kebajikan walhal, amal kebajikan tu kene buat tak kire pada waktu2 tertentu kan....
hmmm... inilah fahaman org sekrg org akhir zaman ni, buat amal pun ade mase2nyer... entah lah, no komen...
artikel kat bawah ni diambil dari kajian seorg dj IKIM pasal bulan syaban harap sabar n terhibur tanpa ader rase kat hati tu "panjangnyer artikel ni" ... semoga terhibur:
Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan.
Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka.
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.
Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.
Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan ribaĆ¢€™, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.
Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.
Posted by siti soleha binti haji tummen at 9:51 PG 0 comments
Isnin, 3 Ogos 2009
BUDAYA COUPLE...
- perbuatan hampir pada zina.
- maksiat
- zina hati : rindu, syg, cinta n dll
- hanya ingat sidia lupekan Allah
- lalai
- dan mcm2 lg
so, insaflah wahai sahabat2ku sekalian, bahana couple ni mcm2 munkin kite tak rase skrg, tapi lambat laun kite kan rase. kalau kite kate dia jodoh kite, ok find, terserah. tapi pernah tak kite terfikir, kelak dia jadi pakwe kite, hidup kite takkan tenang sure la rase tak sedap hati dgn sidia tu.. mula la terfikir dia nak cari isteri baru la, hasad dengki tu ader jer... dulu time couple tak fikir yg dia tu berani ngorat2 kite, sentuh2 kite tak mustahil dia berani gak nak buat benda yg same kat pom ;lain kan? renung2kanlah...
lagi pasal couple n dating student yg jauh dari family ni. sebagai contoh: dia ni kat rumah baik jer tak kuar mlm tak bergaul dgn lelaki, tp bile masuk ipt dia lupe semuanya. contohnya mcm kwn sy sendiri, memang abik budak ni mase mula2 kenal pakai tudung labuh, lengakap tutup aurat tapi bile dia dilamun cinta pakwe ajak kuar mlm2 dia kuar jer.. family tak taw... dia tak fikir ker kalau dia kuar mlm2 tu sampai awal pagi (sekitar jam 2-3pg) tetibe excident , family akan taw gak, tak raser ker yg parent kiter sure sedih n terkilan dgn sikap kite tu... berdosa sgt2kan... fikirkanlah situasi tu terjadi kat anda semua bile anda kuar date dgn pakwe anda tanpa pengetahuan family..... bayangkanlah...
munkin org akan kate, mcm mane nak dapat pasangan or jodoh kalau tak berusaha , sedangkan dalam al-quran ader sebut: "Allah takkan mengubah nasib hambanya jika hambanya tak mengubahnya". memang betul alasan tu, tapi adakah cara yg kite guna tu betul? walhal, ader alternatif lain yg kite leh guna kan... contohnya minta bantuan parent kite tlg carikan pasangan utk kite takkan parent kite nak carikan org yg tak baik kan, dia mesti cri yg baik coz dia mesti nak menantu yg baik kan... tak pun minta bantuan kwn2 yg dah berkahwin utk cari n tgk2kan kadang2 kite malu nak bagi taw family kan... hmmm... tak pun minta bantuan guru2 or pensyarah2 kite yg kite rapat n percaya..tak semestinya kene bercinta sebelum kawin, bercinta selepas kawin lg best n berkat kan?
semua org idamkan pasangan yg baik... tapi kite kene taw pada akhir zaman ni Allah dah cakap " perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya..." so utk dpt suami/ isteri yg baik kite kene la jadi baik dulu, barulah bakal suami/ isteri kite baik... insyaAllah.
akhir kalam, yakinlah jodoh ajal maut semua ditgn Allah... dan kene percaya dan redha dgn takdir yg Allah tentukan utk kite.... setiap sesuatu yg terjadi itu pasti ader hikmah disebaliknya...
" Ya Allah Ya Tuhanku, kau ketemukanlah aku dgn cinta bermaruah dan kau kuatkanlah imanku ini utk menepis cinta murahan...sesungguhnya kau yg mengetahui ape yg terbaik utk aku sebagai hambaMU... Amin"
Posted by siti soleha binti haji tummen at 9:48 PG 2 comments
MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI
Posted by siti soleha binti haji tummen at 9:38 PG 0 comments
Ahad, 2 Ogos 2009
cara pemakanan Rasulullah s.a.w
Tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti.
Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.
Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2.
apa kata kita ikut diet ini kawan2.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL#
JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
perkataan JANGAN mungkin bleh ditimbang dengan ELAKKAN,sb mungkin ada yang kata dia makan selama ni ok je..dalam jangka masa terdekat mgkn kita dok rasa kesan diaIanya mungkin ada kesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuatamalan spt:-- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...mgkin perkara di atas biasa sangat doh dengor tapi mungkin wat panduan dan ilmu yang diulang untuk kebaikan bersamaSama2lah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam,
"Allah Mengetahui Apa Yang Terbaik"
Posted by siti soleha binti haji tummen at 6:46 PG 0 comments
Allah takkan menguji hambanya kalau dia tahu hambanya itu tak mampu menempuhnya...
redha dan pasrah dgn setiap ujian amatlah dituntut...
sesungguhnya setiap ujian yg kite lalui itu ada hikmahnya...
Allah menguji kite kerana dia mahu kite tahu bahawa Dia syg dan ingat kan kite...
manusia sering lalai dan alpa dgn dunia...
kadang2 sampai lupakan Allah...
kite kene ingat bahawa Allah adalah kekasih sejati dan abadi kite..
adakah kite sanggup walau sesaat melupakan kekasih hati yg dicantai..
tentu tidak kan...
time cuti semesta ari tu sempat la gi kursus solat..
sgt terkesan la dihati ni...
selama ni aku selalu lewat2kan solat..
lupekan Allah...
lebih cinta dunia dari cinta akhirat...
takut miskin didunia tapi tak takut miskin diakhirat...
teruknyer la aku ni..
byk dosa aku...
sakitkan hati family, hati kawan2, hati org ramai tanpa aku sedar n tak sedar...
rase hina sgt diri ni kat hadapan Allah...
layak ke aku nak mengharap cinta Allah...
layakkah aku..
dgn dosa yg aku buat selama ni..
rase tak terampun dah..
tapi aku kene ingat Allah itu Maha Pengampun dan Maha penerima taubat...
bertaubatlah... bertaubatlah... bertaubatlah sebelum terlambat....
aku selama ni tak taw pun makna bacaan yg aku baca kat dalam solat aku... yg aku taw solat, n bacaan b.arabnya maknanya tak taw...
time kursus tulah aku belajar hayati dan fahami maksudnya...
pas taw dan paham semuanya baru aku raser khusyuk... baru rase menusuknya solat aku tu... raser pendek sgt solat aku tu.. tup2 dah rakaat keempat tak mcm dulu 5minit solat pun raser lambat sgt.. tapi bile kite bace dan bace maknanya dalam hati raser khusuk dan syok solat tu... baru terase tertunggu2 masuk waktu solat tu... raser rindu nak solat... baru aku sedar dan faham ape itu khusyuk...
aku raser amat bermanfaat kursus tu..
tak rugi langsung... terlerai segala kekusutan...
tak rugi gi program islamik ni...
nasihat pada kawan2.. jgn lari kalau ade program islamik ni.. pergi jer..
wassalam
Posted by siti soleha binti haji tummen at 5:46 PG 0 comments